19 May 2017

bawak kucing bercuti di pantai !


assalamualaikum :)

macam tajuk kat atas tu memang miza bawak kucing miza bercuti dekat pantai.pantai pun tak dela jauh dari rumah.dalam dua jam je perjalanan..heheee.dekat teluk batik! dan yess miza bawak sekali kucing miza yang bernama POKO!selalu kalau jalan memang kucing tinggal je dalam rumah,letak makanan letak air pandai-pandai la korang,hahaa..lepas tu bila balik..rumah jadi macam tongkang pecah then masing-masing buat muka tak bersalah -_-


tadaaaaa..ni la dia poko kesayangan kami sekeluarga :)

sebab apa kami bawak poko kuhulu hilir pergi mana pun?meh nak cita..

dulu poko ni seekor kucing yang ya rabbi aktif gila.main sana-sini..panjat sana sini.orang kata buas sebuasnya budak ni.lepas tu dulu kami perasan dia start jalan tak betul,jalan gelong la orang kata kan.masa tu ingat tak de apa.yela miza pun sepanjang bela kucing tak pernah jumpa g la yang macam ni.

lama-lama aeh makin teruk pulak,maksud makin teruk tu makin tak stabil pulak poko jalan.jalan kejap-kejap nak jatuh je.dah tak aktif macam dulu dah tapi makan still lalu tapi tak banyak macam dulu.badan pun makin lama makin kurus.

lepas tu ada satu malam tu dia tak lalu makan.haaa sudah tak lalu makan satu.jalan pun tak mau.gila risau gila dowwhh!dah la time tu hari sabtu,esok nya ahad.lagilah semua klinik haiwan tutup.tapi miza gigih cari jugak klinik yang bukak hari ahad.cari kat pak google..hehee.last-last jumpa la even jauh sikit dari rumah.

bawak pergi jumpa doktor,doktor cakap poko ada nerve problem.antara dua nerve tu disebabkan virus atau poko trauma maksudnya maybe poko pernah terjatuh dulu.yela dia kan dulu buas gila.tapi nasib baik la poko bukan sebab virus..kalau tak memang tak de ubat.wehh,kita siap buat solat hajat lagi taw doa bagi poko ni sihat.punya la risau T-T


alhamdulillah sekarang poko dah lalu makan,dekat dua minggu gak la dulu duk suap dia makan.nak makan ke tak nak peduli apa.janji kena gak makan.hehee..sampai nak termuntah-muntah kawan tu kita suap..hihii

first nampak dia cam sihat sikit lepas balik dari klinik.oh ye,dia kena tahan 3 hari tak boleh balik.lepas tu nampak perubahan.nak jalan je keja nya.lepas tu satu hari tu nampak dia try nak tangkap lalat.nampak dia dah start nak main la maksudnya.perasaan tu macam kau ada anak then anak kau dapat top student taw (over gila -..-)happy gila sampai nangis <------ tipu


tengok la poko pun naik bot taww.jenuh tahan tak nak bagi kelua bag.nak tengok laut gamaknyeee


ni la bag poko.bila letak dalam tu tak mau kelua taw.duk elok je.masa bawak dia dekat pantai jalan-jalan sikit.korang taw tak laju je dia nak jalan dekat air.tak padan ngan jalan tak stabil..hahaa.. lepas tu letak dia dalam tu nyenyak gila tido.penat sangat.


THIS IS MY BAG 


"you are so much stronger than you think "

sekarang cuma nak poko aktif balik macam dulu.alhamdulillah makin lama makin nampak perubahan.kita semua satu family akan jaga poko sampai poko sihat ^_^


tak boleh move on dengan gambar ni sebab comel sangat dia tido.nampak gigi cinonet

have a nice day and pray for poko!






5 comments:

Syah BaNu said...

saya pun ada kucing, tpi mmg risau giler kalau kucing sakit kan, moga poko sentiasa sihat dan makin aktif pasni :) aminn..

Lieya Von Jay said...

hai dik mirza . ish lama xsinggah sini.. baik nya si Poko ni behave je naik boat , kalo kucing kak liya mau lompat dlm laut dh huhuhu... ^_^

Asha Lya said...

Comelnya kucing,u mirza, seronok la tu dpt gi jln2 hihi

Mellya Musa said...

comelnya poko :D macam baik ja dia hihi

Normi Nieza said...

MISS U MIJA..:)