8 June 2016

gadis dimuliakan oleh Allah s.w.t


assalamualaikum :)

"sesungguhnya,lelaki islam serta perempuan islam,dan lelaki beriman serta perempuan beriman,dan lelaki yang merendah diri kepada Allah serta perempuan yang merendah diri kepada Allah,dan lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempuan yang memelihara kehormatannya dan lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta perempuan yang mnyebut nama Allah banyak-banyak,Allah sudah menyediakan untuk mereka semua keampunan dan pahala yang besar"

islam mengangkat darjat dan martabat wanita serta meletakkan mereka setaraf dengan kaum lelaki dari sudut hak dan tanggungjawab.lelaki dan perempuan beriman mendapat keampunan dan tempat di sisi Allah s.w.t tanpa diskriminasi

sejarah peradaban Rom meletakkan darjat wanita sebagai hamba yng perlu tunduk kepada apa sahaja kemahuan lelaki.tamadun Greek purba mengaggap wanita sebagai kotoran hasil perbuatan syaitan.

surah An-Nahl,ayat 58 hingga ayat 59 :

dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa dia mendapat anak perempuan,mukanya menjadi muram kerana menanggung dukacita.
sedangkan dia menaggung perasaan marah.

dia bersembunyi daripada orang ramai kerana berita buruk yang disampaikan kepadanya.
apakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina 
ataupun dia menanamnya hidup-hidup dalam tanah?

islam membela wanita

tiada agama,ideologi dan fahaman yang memberi kistimewaan kepada wanita sebagaimana islam.Allah s.w.t memberi keringanan kepada wanita kerana  haid ataupun nifas.seorang lelaki tidak diberikan pengecualian daripada perintah solat walaupun mengalami keuzuran ataupun sakit.

allah s.w.t memelihara kehormatan wanita dan memilih rahim sebagai tempat zuriat yang bersih untuk dilahirkan di dunia. bahkan, seorang ibu yang melahirkan anak dengan susah payah serta menjaga anaknya hingga dewasa diberi pahala berlipat ganda dan dibersihkan dari dosa-dosa.

Rasulullah s.a.w menjelaskan, "tidak memuliakan golongan wanita melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina golongan wanita melainkan orang yang hina."



selamat berpuasa :)

1 comment:

AinAthirah Anuar said...

Nice sharing :) Singgah klik2 sebelum terawih :D