25 May 2016

DIY : chocolate hair mask !


assalamualaikum :)

hari ni mood rajin sikit.pagi-pagi tadi aku pergi bersihkan sangkar kucing.sapu-sapu sisa-sisa nasi kucing semalam tu.bersihkan anak kucing sikit.kalau tak petang baru aku buat semua benda tu.kalau tak pagi-pagi lebih-lebih lagi masa cuti ni keje nya membuta.weerkk

lepas tu aku jadi lebih rajin bila aku rasa macam aku nak bermask pagi-pagi tu.tapi aku tak rasa pun nak mask muka.nak mask kan rambut.untuk mask rambut..memang aku tak pernah pun teringin nak beli dekat watson ke mana-mana ke.aku rasa buat sendiri lagi best kot..kan..kan..

jom start !


tiga barang je pun.mula-mula aku nak letak olive oil sekali..tapi aku tak taw olive oil mama aku letak kat mana.lama dah tak balik rumah..barang-barang pun dah tak jumpa dah.so aku pakai je tiga benda ni.senang kan..

sebelum tu.....

kebaikan susu untuk rambut 

: mengelakkan rambut dari kering

: menjadikan rambut berkilau


kebaikan telur untuk rambut 

: mengelakkan keguguran rambut

:sebagai pelembab rambut


kebaikan coklat untuk rambut 

:menjadikan rambut halus dan lembut

:menyuburkan rambut


tengah tangkap gambar pok sibuk plak duk bau-bau.nasib tak jilat-jilat..hehehe



senang je..campur kan je semua benda tu..oh ye aku aku nak bagitaw.untuk koko pawder tu aku letak dua sudu besar je.jangan risau tak de bau telur pun.bau coklat dia je yang kuat.lama dah aku tak berdiy ni.ni cuti-cuti ni selalu la aku buat diy.nanti lepas ni tunggu jela entry diy lagi dari aku aeee...


lepas tu lumurkan je smua ni dekat rambut korang.buat dekat bilik air taw.nenti meleleh leleh plak.lumur betul-betul.pastikan semua rambut...kulit kepala tu kena.lepas dah siap macam aku,aku pakai plastik biasa je tutup rambut tu.pastu ikat je.

then,bia kan selama 30 minit.tapi aku tadi lebih 30 minit sebab nya duk melayan laptop sampai lupa.lepas tu mandi syampu semua elok-elok.masa mandi tu macam aku tadi tak rasa lagi rambut tu lembut.tapi nampak berkilau sikit.cehcehceh..hehee

tapi bila rambut start kering tu,serius rambut jadi lembut kot.duk belai rambut je..wuuu..syok syok ! jangan lupa cuba okay :D

sekarang meh nak tunjuk pok si pengacau tadi



have a nice day !

3 comments:

Asha Lya said...

X pernh lgi akak try..mcm nak wat cookies plak hhehe

Syaza Raihanah said...

Tak pernah pulak tahu bahan-bahan tu boleh dijadikan hair mask. Lepas ni boleh buat. Thank you for sharing :)

tashira said...

macam best je,bahan pun senang dicari. thanks kak :)