6 January 2016

bawak kengkawan jalan kuala kangsar


assalamualaikum :)

masa cuti sem baru start dulu,aku ngan kawan-kawan aku dah rancang dah nak datang perak.maksudnya duduk rumah aku la.aku,popo,wafi dengan syakir..empat orang je..mula-mula kitorang decide pegi lost world.pergi masa 26/12 so paham-paham jela sesak dia macam mana..masa krimas kan..aku rasa masa aku terbuang dekat beratur nak naik gelongsor tinggi tu je..sekali beratur dah setengah jam!adoihai

lepas tu besoknya kitorang rancang nak jalan kuala kangsar..kite la pemandu pelancong nye..hehe..tapi tapi popo tak dapat ikut..tskk!!sebab kena balik awai sebabnya tiket bas tak de nak balik isnin..sobs!tinggal tiga orang je..mana best!

berbalik pada tadi..hari ahad aku bawak dua orang jejaka ni pegi jalan kuala kangsar.rasanya tu la kot pes time dorang jejak kaki kat situ.


ni lah muka-muka nya yang baru jejak kaki ke kuale ni haaa...

okay..destinasi pertama kami..aku bawak dorang ni pergi melawat masjid ubudiah dulu.boleh pulak aku terlupa jalan nak pergi..tersalah lorong.huhuu.dah sampai apa lagi bergambar la.dah la dorang ni memang kaki tangkap gambo.ko hingat perempuan je gila tangkap gambar haa...


hoii hoii tak sedia g ahh



pojing syiket..


hahaa..tuan belog pulak nak posing sorang-sorang.yang lain jangan menyebok.

masa ni ada la satu je pengantin yang tengah photoshoot.segan-segan pulak kite nak bergambar.selalunya ramai pengantin..yang ramai nye orang awam jela duk tangkap gambar dekat sini.

next destination is istana!kuala kan mesti la wajib bawak dorang jalan-jalan istanan.kawan aku sorang tu lagi kesian tak pernah tengok istana langsung so aku bawak la dia tengok istana cam mana rupenye..


ekceli aku yang orang kuale pun fes time bergambo dekat sini..heheee



dia ingat stail -..-

hiks!

lepas tu pergi istana kuning.sebelum ni tak boleh pun nak masuk dalam tu.aku selalu tangkap gambar dekat luar pagar je.kali ni bawak dorang boleh masuk pulak.ada jugak pengantin masa tu.





lepas ni kitorang g makan laksa dekat lembah.kat lembah tu bawak dorang tengok labu.budak dua orang ni nak beli labu sayong sebagai cenderahati nak bawak balik rumah..hehee..kat lembah mkan pasemboi..cendol ngan ABC..heheee


yang taman belakang tu la tempat aku main kecik-kecik.yang dorang duk diri tu jambatan gantung.bawah tu sungai.aku duk lompat-lompat atas tu..takut dorang..hahahh

lepas makan pegi main belon dekat situ jugak.petang-petang meriah la dekat situ ngan budak-budak bawak anak dorang main.jalan-jalan..makan laksa kat situ..






kalau korang nak taw.kat situ jugak ada buat yang naik bot tu.bawak pusing-pusing sungai perak.serius aku tak pernah pun naik bot tu..hehee.tapi sebab kawan aku teringin gila nak naik so ikut kan jela.untuk dewasa rm8..tapi sekali sekala naik pun best jugak kan.

kitorang naik tu pun nak dekat pukul 7 dah.last trip dah pun.





cantik-cantik kan permandangan masa naik bot tu :)


last sekali iolls pegi buat keychain nama.lima ringgit jee ^ ^

malam-malam jalan dekat arena square dekat situ jugak best taw.meriah dengan orang jual-jual.kitorang beli ais krim pasu harga seringgit..hahaa..comel jela pasunya tapi sedap!nyam nyam...

itu je cerita bawak kawan jalan-jalan kuala kangsar kite!

have a nice day :)

4 comments:

Yana Libra said...

byk tmpt cantik jugak ye situ..

Fatin Liyana said...

Bestnya. Cantik pemandangan kat sana. :)

Lady Of ZFA said...

wahhh best jugak kuala kangsar ehk .nak pergi la nanti .
ain singgah sini.
selamat tahun baru :)

Mime MF said...

baru je last week bergambar depan masjid ubudiah..lawoooo!!♥