14 October 2015

topeng pertama saya


assalamualaikum :)

hai semua!sihat kah ^ ^ lama pulak tak update blog.tak dan nak update.hari ni cuti boleh la usha usha blog sikit.okay..hari tu aku ada janji dekat entry INI nak tunjuk topeng yang aku buat untuk
kelas acting. sebab kan semalam aku dah tunjuk dekat sir..so hari ni aku nak tunjuk dekat korang pulak :)



tadaaa ^ ^ .yang part hidung tu sebenarnya tak jadi sangat tu.aku pakai soft clay nak bentuk dia punya hidung tapi macam tak berapa jadi.dia jadi macam kedut kedut sikit.jadi pelik.sebab tu aku warna kan sikit belah hidung tu..heee

sebenarnya ni aku nak buat queen of heart.tapi macam tak jadi je.sir suruh kita create character kita sendiri.kisah hidup dia..datang dari mana.tujuan hidup.yang tu semua aku tak pikir lagi.:p .lepas tu nanti bila kelas kitorang akan pakai mask ni dengan kain hitam yang kain tu selubung satu badan kitorang.maksudnya just nampak character tu jela.

then, dalam bilik yang gelap cuma ada satu cahaya lampu je,kitorang akan berubah jadi character masing-masing.kalau character kita tu lembut..kita kena jadi lembut..kalau garang kena buat garang.kalau character kita tu jalan ngesot..nanti masuk bilik tu kena jalan ngesot..lebih kurang camtu la.

semalam sir cerita macam menakutkan jugak pun ada.dulu ada yang terover mendalami character dorang sampai tak nak kelua dari bilik tu.so sir nasihatkan sapa yang lemah semangat tu sebelum start ambik air semayang dulu :)

tapi aku punya tu sir cakap kena tambah lagi.tak cukup over lagi.hahaaa.aku tengah pikir ni nak tambah apa lagi ni.kan aku letak loceng tu tapi bunyi dia biasa je.tak kuat sangat.so sir suruh tambah lagi loceng bia bunyi loceng tu betul-betul dengar. :)

tu je..have a nice day !


3 comments:

Mizz Aiza said...

seram tengok topeng tu miza.. hehe..

Mime MF said...

wah menarik sgt kelas acting bt mcm ni..cantik patung tu♥

Niena Reen said...

Waahh, memang macam menarik. Kalaulah saya boleh tengok kak mirza acting nanti! Ehehe..