16 July 2015

before tomorrow ! :D



assalamualaikum :)

jadi hari ni aku bangun lambat.hahaa sebabnya malam tadi 3 4 pagi semua duk bejaga.terutama sekali mama aku tabik spring lah!dari semalam tak tido sebab siapkan benda-benda nak raya ni.aku tak boleh la nak jadi cam mama.mata tak tahan kepala pun dah start pening dah hoii hoii.

selalu teman abah g market ni x teman sebabnya tak sedo.hehee.mood raya tu ada la sikit.tak de la banyak sangat.hahaa.malam tadi nak tengok panjut tak dapat la.nak tengok kat kualee tu.sebab dah lambat sangat,duk leka buat tu buat ni.nak pegi pukul tiga pagi memang tak ahh.



kucing kami kalau kitorang tak tido selagi tu dia tak akan tido,jenis tido nak ada orang.sekarang ni duk teboongkang atas katil.hahaa.bejaga lagi sapa suh.orang letak kuih dia pun nyebok la nak tengok jugak.eeiii..cubit idung kang..





yeayy.kuih tak de banyak mana.yang pastinya satu pun tak de buat.rasanya baru tahun ni tak buat kot.lupa dah.tapi selalu raya mesti akan buat satu dua jenis la paling paling kurang nye..tak pela.yang penting ada kuih tu!



aku kalau mama punya ketupat aku suka makan camtu je tak de rendang pun tak pe dah.dah belemak dah.sedapnya..sabar..sabar..tunggu besok..hehee.kalau tak salah aku mama buat ni mama belajar dari arwah tok aku iaitu mak kepada abah aku yakni ibu mertua mama.hahaa..gitu kalau nak explain :P



ni aku tolong je kakak aku buat.tolong jelah.satu untuk kat rumah.satu g untuk pak lang aku.dia suka beno kakak aku punya kek yang ni.tak suka yang banyak cream-cream tu.


baju raya kitorang!tahun ni tema hijau zamrud.sebenarnya tahun lepas dah teman hijau dah tapi tahun lepas hijau pisang.tahun ni punyala payah nak describe nak kaler apa baju raya.sebabnya baju tu lawa jadi keputusan nya hijau zamrud !

lagi satu tahun ni macam ramai pulak yang tema hijau zamrud ni.betul tak betul tak.


#thecalashoes ^ ^

kasut raya kiteee 


tahun ni memang aku tak pandang dah kasut jenama lain.memang aku nak dapatkan jugak kasut calaqisha ni.lawa wooo.niat nye nak pegi beli kat pwtc.lepas tu kat pwtc aku try kasut tu saiz 40 sebab memang kaki aku saiz 40.paling besar sekali.hahaa.tak muat !tapi bila aku try kat butik dia muat plak!sebab sesak-sesak masa tu tak de feel dah aku nak try try ni.

harga dia 70 lepas tu besok besok nye dia buat sale plak.jadi 50 kot tak silap aku.aeh aeh..geraamnyeee..hahaa.tak pelah.sale tu karang kalau ramai-ramai sesak sesak belum comfim dapat.huhu..ayat sedap hati.

tahun ni memang sakan la beraya ngan qalaqisha.bukan aku ae,mama ngan kakak aku.jubah dorang beli aku tak taw la berapa pasang.aku sikit je tak banyak pun.heheee.

selamat hari raya maaf zahir batin untuk besok ^ ^ . 

p/s : tiba-tiba mood raya datang pulak  ^..^


3 comments:

PeRdU cINta said...

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin ye..

Dikna said...

Salam lebaran kak mirza !
Hehe, mai la sikit kuih raya... comelnya miow :3

Hafiza AizZawa said...

comel2 nye gambar.. part ade kucing tu lg la comel.. tema emerald green tu mmg ramai tahun nie.. pepe pun selamat hari raya mirza...