30 June 2015

resepi spaghetti Aglio e Olio hanya empat bahan :)


assalamualaikum :)

kalau jenis yang tak lalu makan nasi time-time sahur tu boleh try buat spaghetti.aku ni memang jenis peminat spaghetti.tapi time sahur bantai jugak nasi.kalau selera lebih siap tambah lagi.hehheheh.tapi kalau nak tukar selera kadang-kadang pun boleh jugak.aku suka tengok resepi dekat youtube berbanding google dekat blog.sebab apa,sebabnya dia tunjuk cara nya sekali so mudahla sikit untuk aku ikut.

dah lama dah sebenarnya nak try buat spaghetti Aglio e Olio ni.tengok dorang buat nampak sedap gila.kadang itu time puasa aku tengok masak-masak kat utube.hehee ;p. resepi ni sedap lepas tu tak susah pulak tu nak buat.barang dia pun senang je.


bahan-bahan

1) spaghetti

2)bawang putih

3)brocoli

ini ikutla nak pakai apa,kalau tengok resepi dorang pakai parsley tapi sebab tak de pakai brocoli jela.brocoli sedap ^ ^

4)olive oil


resepi ni sebenarnya yang pentingnya olive oil dengan bawang putih tu. kiranya combination olive oil dengan bawang putih tu sebagai sos untuk spaghetti tu.dah jom start..banyak pulak membebel..
yang ni aku masak untuk seorang makan..


aku pakai enam ulas bawang putih.potong nipis-nipis,masa letak olive oil dalam periuk tu letak terus bawang putih tu.tak payah tunggu panas baru nak letak.sebabnya kita nak bawang putih tu serap dalam olive oil tu.korang masaklah sampai garing keemasan.then baru masukkan brocoli.


aku tergoreng brocoli sampai lembik.hehee.kalau rasa nak tambah cili ke ikutlah.kebetulan pulak aku memang tak letak garam langsung.lupa sebenarnya.maka resepi ini resepi sihat!hehee!

dah siap tu panas-panas tu campur kan bahan gambar kat atas tu dekat spaghetti yang dah direbus.ngan olive oil sekali taw.jangan risau olive oil sihat.jangan pakai minyak masak kelapa sawit pulak.gaul sampai rata.lepas tu boleh la makan.simple je!tapi sedap.sambil taip entry ni pun aku dah terbayang lagi dah.nak buat lagi lah nanti..mehmeh :D


jemput mencuba !

have a nice day


3 comments:

Lieya Von Jay said...

Rajin nya dia memasak ^_^

Shakira Pathi said...

cisss!! terliur dah aku!! haha :P

Asha Lya said...

Ni btl2 resepi sihat ni hhehe