12 January 2015

hari tu jumpa kucing sakit


hai assalamualaikum :)

hari tu sebelum start sekolah pegi sekolah mama sebab nak hias kelas mama.tahun ni mama semangat gila nak hias kelas so kami semua anak beranak pun tolong sama.lepas tu pegi pagi balik petang.

lepas tu bila balik tu nak masuk jalan ke rumah,tiba-tiba nampak kucing dekat tengah jalan tu.duk diam je.hidup lagi tapi duk je tak bejalan pun.lepas tu balik rumah.bila kat rumah lepas abah balik abah bagitaw jugak ada nampak kucing tu.then,kitorang pun kelua balik nak ambik kucing tu sebabnya nampak hari nak hujan lepas tu diaa nampak pun macam tak sihat je kan...tak sampai hati la pulak kalau tak ambik...kang bila tak ambik duk teringat je kat kucing tu.


ni la kucing tu...

aku bagi nama dia MOCA ^ ^.ni rupa dia bila mula-mula jumpa dia.balik rumah terus masukkan dalam sangkar.sangkar pun dah bersawang dah sebab lama tak guna :p.kucing aku semua jenis duk lua.heee!kesian kot tengok dia...memang nasib baikla ambik dia sebab dia memang sebenarnya tak boleh jalan langsung.

kaki belah kiri dia sakit.kalau tak ambik aku rasa berhujan panas dah kat situ.lepas tu aku bagi dia nasi dia tak nak.dia meow meow je..rupanya dia nak minum air...bagi air punyala lama gila moca minum...lama gilaaa....memang dahaga sangat...sian moca :'(

jaga moca macam jaga orang sakit.kita kena ikut kehendak dia.mula-mula dulu selera dia tak berapa sangat.bagi nasi tak nak.risau...rupanya dia tak nak nasi..dia nak makan isi ikan je.so aku just bagi dia isi ikan rebus ataupun isi ayam je.kalau perasan muka dia bengkak sebelah.semalam cuci muka dia rupanya bernanah.banyak gila nanah kelua.hari ni nampak ok dah.nampak surut dah.
alhamdulillah :')

hari ni aku lega sikit sebab hari ni moca banyak makan.tadi pegi jenguk dia pun bising je dia mintak makan.berapa pinggan nasi dah dia makan hari ni.kalau dah lalu makan tu tak dela aku risau sangat ^ ^

insyAllah.nanti nak bawak pegi vet pulak :)

tu je nak cerita pasal moca :D

have a nice day !






3 comments:

Lieya Von Jay said...

Alahai kesian nya dia..hrp beransur sihatt. Nak tgk muka moca yg dh sihat ntii :)

Anizz Annisa said...

alahai..kesiannye.. muka penuh cerita je.. kalau dia boleh bercakap..mesti dia cerita macam2.. :(

Hafiza AizZawa said...

baiknya miza bela kucing sakit.. nnt bila dah sihat mst comel sgt.. semoga moca cpt sembuh..