7 June 2014

walaupun bukan islam,suka tengok dia


assalamuaikum semua ^ ^

argghh!aku sebenarnya stress gila dengan internet dekat rumah ni,kejap ada kejap tak de.memang menguji kesabaran.bila blogwalking dah taip komen siap dah.dan-dan nak tekan  publish dan dan tu gak la internet tak de..krik krik krik..percaya la sedih sebenarnya menghadapi situasi ni T-T

sebab tu dan blogwalking satu dua blog je...tengah semangat nak baca blog orang internet buat hal..maaf la kengkawan bukan x nak jenguk..tanya internet ni haa..geram aku!kan dah emo..melebih pulak aku..padahal cite pasal internet tak de je pun.

intro habis,marila kita cerita pasal kakak cantik ni


felixia yeap ^ ^

aku memang dah lama minat dekat felixia yeap ni sejak dia pakai tudung tu la.sebelum dia jadi model playboy tu aku tak kenal pun siapa felixia yeap ni.masa mula-mula aku kenal dia pun dekat facebook.masa tu ternampak ada video felixia ni kena temu ramah dekat tv9 kot tak silap la.tiba-tiba berminat pulak aku nak tengok...first impression aku..


cam terkejut tengok cara dia berpakaian,bukan macam la..memang terkejut pun,dengan tudung labuh,pakai armsocks lagi..cantik nak nangis~~~



aku follow jugak instgram felixia sebab suka tengok style dia..hikhik.boleh jugak tiru sikit-sikit kan :P.walaupun dia bukan islam tapi aku tengok cara dia pakai,cara dia cakap.alahai lemah gemalai je.bukan macam aku ganas nak mamp!..uppss hehee..haaa nampak.

even pakai tudung labuh..pakai baju tutup aurat tapi still nampak glamor gitu.nampak cantik sangat.kan sekarang ni fesyen muslimah kan makin lama makin menyerlah.cewahh..hihii.cuma aku ni je haa tak reti sangat nak berfesyen ni.sebab tu aku suka tengok hijabista-hijabista berfesyen termasuk la kak felixia ni ^ ^


yang tu blog felixia yeap,pergi la tengok..hehee.aku pun baca jugak blog dia kadang-kadang.hehee
dengar cerita felixia yeap ni nak masuk islam bila bulan ramadhan nanti.betul ke?tak taw la kan.aku pernah la terbaca kat mana ntah.cuma kita ni jangan la nak bash dia sangat.aku tengok ramai jugak yang kutuk-kutuk dia ni.kesian kat dia..

Ku berlari dari bayang-bayangku
Dari kegelapan dahulu
ingin menuju ke jalan bercahaya
tidak menghiraukan bahaya

adakah itu salah
apakah itu masalah
untuk seorang insan hina bertaubat
walaupun dosa kekafirannnya lebat
inginkan ke jalan yang sepatutnya
dan lepaskan diri dari racun dunya

aku mahu redha
tapi aku tetap manusia
tetap ada airmata
yang mengalir bila terluka

kenapa yang sepatutnya membantuku
yang akan menjadi saudari saudaraku
mencaci, mencemuh dan menhina
menggali aib dan menayangkan semua

kenapa, kenapa, kenapa?
begitu membenciku sehingga
ku berasa bersalah ingin bertaubat
salahkah apa yang ku buat?

pernah ku terfikir untuk berhenti
berpaling dan berlari
namun aku tak sanggup 
untuk terus sia-siakan hidup
tanpaMu Ya Allah
keranaMu aku akan belajar lebih redha
jika tidak, aku pasrah...

yang ni aku terjumpa dekat page felixia yeap dekat facebook.dia yang tulis sendiri.sedih pulak aku baca.kesian dekat dia sebab orang duk kutuk-kutuk dia.yang mana baik tu kita ambik la,yang mana yang kita nampak tak baik tu diam je.yang penting Allah taw niat dia.kita semua pun manusia  biasa...kita  cuma doa yang baik-baik je untuk dia okay :)


papepun,aku tetap support dia ^ ^
owh!lupa nak cakap,sapa tengok felixia masa anugrah berita harian tu.cantik gila!
even simple je pakai tapi melting aku tengok.dah la tinggi.kalau tak silap aku tinggi dia 173 cm,pergghh..kalau aku duk sebelah dia melangut aku.nama pun model...aku ni bila la orang nak ambik jadi model..hikhikkk..gurau ok gurau -_-"

k la,hujung-hujung minggu ni banyak kenduri kan.banyak nya orang kawin.lepas tu petang-petang kalau dekat taman selalu nampak pengantin photoshoot.hmmm ^ ^
nak pegi kenduri ni.have a nice day semua :D



8 comments:

Niena Reen said...

Saya pun berkenan tengok cara dan keberanian Felixia ni. Orang kita pun tak macam dia. Huih,tak malu ke kan.. Oh, kesian tengok dia kena bash ya? Moga2 dia tetap pendirian untuk peluk islam dan tak akan berpaling dari jalan yang benar lagi.. Kita doakan dia ya.. Amin.. :)

Tashira Sha said...

erhh internet kat rumah kite pun selalu macamtu gak bengang sangat. kite pun sokong felixia juga hihi tapi serious tak faham sangat knpa ramai sgt yg bash felixia ni --

Mazni Munawar said...

org kalau dh dpt hidayah ni selalunya pengetahuan dia tntg Islam lebih luas dari kita. Allahu.. :')

Encik Ket said...

same tinggi dgn aku laa... ^_^

setan2 yg kondem dia mmg setahap iblis. puuiihh!!

sepatutnye sbagai muslim yg trlahir muslim, kite kene rase malu. :')

Akif Imtiyaz said...

Cantik kan dia pakai tudung ...
Mungkin satu hari nanti dia diberi hidayah untuk menerima islam siapatahu .,.

Jia Rizaira said...

Kutukan tu adalah dugaan dia tu. InsyaAllah nnt mgkn apabila hidayah dtg utk terima Islam, dia tak perlu gusar lg dgn dugaan kan..Allah kan ada utk dengar setiap rintihan hambaNya.

Entri terkini MINDAKABUR : Anak Kecil Terpisah Daripada Ibu Bapa Semasa Konsert Berlangsung

Lieya Yaya :) said...

memg comel kak dia pakai hijab . yaya pun follow insta dia . hehe . suka tgk gaya dan cara dia . semoga Allah permudahkan penghijrahan nya :) aamin :)

Anizz Annisa said...

akak memang berkenan dengan felixia nie.. suke personaliti dye.. amat jage auratnye.. kalah org islam.. harap2 die masuk islam la nt kan.. tapi sedih jugak, sebab ade org duk hentam dye.. kesian dye.. :(