27 June 2014

nostalgia sukan sekolah rendah


assalamualaikum :)

dah lapan tahun aku tinggalkan alam sekolah rendah.kejap je rasa wei lapan tahun tu.tutup mata bukak mata dah dua puluh tahun dah sekarang.dulu pakai tudung sekolah herot-herot,lepas tu lipat tudung pun tak reti.sekarang dah reti pakai wise shawl dah..hehee

dulu aku sekolah bukannya sekolah bandar tapi sekolah kampung.kelas pun ada satu je setiap darjah tu.pelajar pun tak dela ramai sangat.lepas tu dulu-dulu selalu main kejar-kejar ngan budak laki.kalau aku dapat,aku cubit-cubit budak laki tu sampai dia jerit.hahaa! :P

waktu sukan la antara yang paling best sekali,dulu aku masa sekolah rendah selalu wakil untuk lumba lari.sekarang tak larat dah kot nak lari..hahaa.masa tahun 6..aku jadi ketua rumah sukan.rumah merah la!lawak je duk jadi ketua perbarisan..hahaaa!adoiyai


sekarang dah besar ni,ikut mama jela g tengok sukan.budak sekarang ni aku tengok makin kecik.kalau aku dulu...besar la gak.semuanya comei2 ^ ^

rumah biru ni rumah sukan mama.rumah biru dapat no 3 dari 4 rumah sukan..hehee..jadila... :p


ni pulak antara cikgu dekat sekolah ni.sk kampung nasib.
semua sporting gila



lepas habis perbarisan..letak bendalah ni dalam topi aku..mihmih


tangkap gambar ngan mama plak 


hepp budak!jeling-jeling akak yeee...


masa perbarisan :D




bila time lumba lari ni memang riuh rendah la padang jadinya.semuanya sorak.aku dulu pun duk camtu jugak.hehe:p.lagi-lagi kalau rumah sendiri menang memang puas giloo


mama ku sayang ^ ^

kalau sekolah rendah ni aku rasa memang tak hias khemah.yelaa..budak sekolah rendah kan mana la reti sangat.nak harapkan cikgu je letih la cikgu..hehee

kalau sekolah menengah memang semangat bab-bab hias khemah rumah sukan ni.


budak-budak ni duk tengok je aku tangkap gambar pakai monopod.hehee.

aleh-aleh aku ajak dorang tangkap gambar sekali.kecik kan.aku duduk sama dengan dorang diri..hahaa.cukup pakej budak empat orang ni.kuning..merah..biru..hijau ^ ^


part ni bagi aku paling best.yang masuk final untuk tarik tali rumah biru dengan rumah kuning.memang sekali dengan budak-budak dengan cikgu-cikgu dengan mak bapak duk jerit bagi semangat.gila la...

last-last rumah biru menang..cayalah!


papepun memang best.malam tu memang penat.tapi penat pun aku tetap tido lambat gak -..-.hehee

have a nice day :D


14 comments:

Mime MF said...

hari sukan...emm dah berapa lama dah tinggalkan alam sekolah..hehe rindu pulak ptg2 p berlatih lari..:D

Bahrain said...

Baca post ni teringat zaman sekolah rendah masa main suka lagi pertandingan untuk kumpulan. Memang riuh habis. ;0

Niena Reen said...

Hehe, comel ja bila kat sekolah rendah kan. Kalau tudung herot berot pon buat tak kesah ja. Bila dah besar, herot sikit pon dah susah hati. Hihi, itulah cepat sangat lah waktu berjalan. Kita pon dah berubah... :)

Anizz Annisa said...

dh lame x tengok sukan kat skola.. rindunye.. kalau dulu time sukan je..balik2 suare dh jadi rockers, mane taknye.. duk menjerit2..hahahah...

white lily said...

hari sukan lah paling best masa kolah rendah dulu. tambah tambah lagi masa perbarisan, boleh lambai lambai tangan. hehehe. tapi bila masuk kolah menengah rasa malas semua ada xD

Tashira Sha said...

hihi dulu time sekolah rendah tak ambil acara sangat apalagi dah masuk sekolah menengah perghhh dari form 1 sampai form 6 ni mmng jgn harap lah nak ambil acara kahkah

Lieya Yaya :) said...

dulu2 masa skolah rendah rajin laa masuk acara . naik skola menegah slalu masuk kawad je. rindu zaman skola rndah . yaya dulu rumah kuning :D

Sobri Yaacob said...

memng terasa nostalgia betul baca entry ni...
teringa zaman tu..memng best masa rumah sukan..asik nak fight dgn kawan2 nak jadi yg tbaik :P

Mummy-Ann said...

80-an adalah alam persekolahan mummy.. kenangan: main hoki untuk wakil rumah hijau, walaupun tak pernah pergi latihan sebab hanya x cukup player di saat akhir, dapat jugak pukul bola dua kali..

Hafiza AizZawa said...

Hari sukan paling best.. masa sekolah rendah Kak Fiza tak aktif.. masa sekolah menengah baru la join lumba lari setiap tahun..

ros_reeza said...

Selamat berpuasa :)
Masa zaman sekolah dulu entah kenape tak suka aktiviti sukan.. hihihi.. tengok sukan suke je..

permatabiru said...

teringat hari sukan zamakn sekolah dulu2..

Cik Puan said...

woooowwww...siap ade abam askar tu buat perbarisan..meriah sungguh..

Eiqa Almond said...

go rumah biru goo.!! :D

comell tuan blog, kbaii :P