25 June 2014

masa untuk timbang berat meoww!


assalamualaikum dan hai korang !

dah lama aku tak buat entry pasal kucing aku,kali ni aku nak taip entry pasal kucing aku yang sekor ni.kucing yang paling rapat dengan aku.yang kejenya makan tido makan tido.tapi sekarang ni dah ada satu lagi.sekarang ni kucing aku ni dah pandai gaduh ngan adik dia sendiri!padan muka tadi aku tak layan dia.kena ajar sikit even kucing kan.hihihiiii

maklumla kucing aku kucing kampung je,tu yang bajet gangster tu.dah besar.dah dua tahun lebih dah.berat pun makin hari makin bertambah.taw tak semalam..mak dia makan..lepas tu tak habis,kucing yang satu ni la p perabis kan.padahal baru aku bagi dia dengan adik-adik dia makan.mak dia je terlewat sikit makan.tak dela membazir...ye dak..hahaaa


ni la kucing aku,nama dia TAP.sebab apa panggil tap..adala..hahaa..aku tak nak cerita sebab kelakar.hihii.so tadi aku timbang berat dia.bukan timbang kat veterinar pun.timbang dekat rumah je.pakai penimbang yang orang duk pakai je..hahaa


4.8 kg!!sikit lagi je nak dekat 5 kg.

tapi serius,memang dia berat sangat dah.aku tak boleh dah nak angkat satu tangan macam dulu.kena pakai dua tangan.kalau tak silap aku dulu timbang 3.9kg je.ringan sikit la kan.

mana tak nya,hari-hari makan tido je.dah pagi tadi dia tido dengan aku,lepas tu pukul 12 baru bangun.bukan aku bangaun pukul 12..tap yang bagun pukul 12..hehee..duk terkangkang je atas katil.tu pun sebab aku angkut bagi dia keluar.tak boleh jadi tido lama sangat.pegi keluar ambik cahaya matahari pulak.hehehee



aku memang sayang gila dekat tap.dalam fon penuh gambar dia.kalau aku tak duk rumah,pegi becuti ke,mesti aku tengok gambar dia dalam fon.rindu kat kucing kampung aku yang satu ni!hmmm :)

tak taw la nanti beberapa bulan nani berat dia berapa pulak..hahaa..ni kena kasi diet ini kucing..hikhik.


okla kawan-kawan..tap nak tido dah ^ ^

have a nice day :)


10 comments:

miLa saim said...

haha...amboi bukan main lgi tap..tmpt tido special gler..hhehe..smoge makin gemuk tap! :p

Nanie Dean said...

Comel lah Tap!

Harith Iskandar said...

timbang kucing jer ke?tuan kucing xnak timbang ker?eheheheh

Sya Mimie said...

Asslmkm dik.. Ok la tu brat dia naik. Tu mknanya dia ckup mkan, ckup tido, ckup kasih syng, ckup sgalanya la. Akk ada 1 kucing ni. Msa nk pindah ikut suami kecik je. Bulu pun xbape ada. Skli lpas 2bln blik tgk dia gmuk. Timbng dh 5kg.. Haha..

Anizz Annisa said...

hamboii gambar last tak menahan..mata kuyu dye..aummm...hahahha... akak tak dapat pegang kucing sebab takot..hihi.. tengah mencuba utk berani..hihi

Montana said...

amboi sakan landing kucing tuu

white lily said...

apaaa ni apaaa niii.. kenapa comel sangatttt! dahlah gebuuu. kalau ada dekat, dah gomoi ni hehehe

Tashira Sha said...

omo comelnya gambar yg last tu kak hihi jom tido tap. haha

Hafiza AizZawa said...

kucing pun kene timbang.. hehe.. comel2..

Mummy-Ann said...

Meoww.. ;)