1 April 2014

kucing diracun sebab kotorkan rumah


hai semua

kenapa sejak akhir-akhir ni ramai manusia yang suka buat suka hati :'(


tak boleh terima sebab alasan membunuh sebab kucing tu kotorkan rumah.hmmm..
walau apa pun alasan dia,tak patut membunuh kucing dengan cara macam tu sekali.


sedih sangat bila tengok makhluk yang comel ni dah tak gerak.keras kaku.
apa la dosa dorang.kucing bukan ada akal pun nak pikir.lain la kita manusia


kalau dekat rumah aku semua benda kucing aku pernah buat.curi ikan banyak kali.jangan kan kata ikan temenung.ikan siakap pun pernah.berak rata-rata.berak atas katil,atas karpet.pernah anak kucing aku sakit,setiap hari bawak tido sama-sama,walaupun dia berak dekat selimut pastu dekat kapet pink aku.aku tak pernah melenting tak tentu pasal sebab aku paham keadaan dia,sakit..

macam dekat atas tu,selipar hari ni beli besok dak kena cakaran cinta.pikir dari sudut yang kucing tu tak de akal kan.kalau kita letak kasut tu dalam rak tak kan kucing bukak rak kasut nak cakar pulak kan.kadanng-kadang benda ni jadi atas kelalaian kita sendiri..hmmm.jadi tak patut kita nak blame kan kucing semata.kan?

cuba kita letak diri kita dekat tempat kucing tu,agaknya?
apa ye perasaan orang yang buat benda ni,puas?gembira?seronok?

harap lepas ni tak jadi lagi benda macam ni..



12 comments:

Wan Maruzen Wan Husain said...

kesian kan...

Sweethoneybelle said...

aiyoo kejamnya dorang bunuh macam tu . . hmm terus teringat bobo ngan chica kat rumah . . takutnya ! rasa nak kurung je dorang tak nak bg keluar . . kalao keluar nanti takut jadi benda2 macam ni la . . manusia tak dk hati perut langsung . . tah mana la otak letak smpai snggup membunuh haiwan yang tatao pape ni . . haish .

permatabiru said...

no komen la..sbb sy pun fobia dgn kucing..xsampai ke tahap yg mcm tu..kesian kucing2 tu..

Naniey Jemiey said...

tak ada akal betul siapa y aniaya binatang..kucing bkn ada akal pon..kita manusia yang ada akal yang patut pk..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

kucing jiran akak pun selalu membuang hajatnya di depan rumah akak.. tapi belum tergerak hati nak membunuh mereka.. mereka pun makhluk ciptaan Allah sama macam kita juga.. yang bersalah tuannya sebab tak pantau kucingnya dan biarkannya masuk buang hajat sesuka hati di rumah jiran.. kucing itu memang tak bersalah dan tak berakal pula tu..

Lieya Von Jay said...

bongok bongok dan bangang .. memang dasar manusia xdak hati perut!

dilaella Ella said...

kejam sangat buat kucing macam tu, sedih tengok gambar2 kucing yang mati tu :(

Cikgu Norazimah said...

orang makin tak berperasaan..agak2 la, kalau kucing tu ada otak mcm manusia, takle dia berak merata-rata kan? isy2..kesian tengok

Cik Puan said...

YaAllah...ape nak jadi lah dengan manusia macam tu..kejam sangat..takde hati dan perasaan..

Cik Itah@RRP said...

salam. hurmm kejamnya!
btw menabung ford kat sini :)

Hafiza AizZawa said...

mmg tak berperikemanusiaan dan sangat kejam..

NurainSuperr said...

kesiannya ! hm kucing takda akal sebab tu la depa leh buat apa ja. macam kita ni ada akal, leh tau mana baik mana buruk. hmm ya allah sian kucing tu.