31 March 2014

perkara yang pertama kali


assalamualaikum korang :)

letihnya sekarang ni,padahal setiap hari bukan buat keja pun.setiap hari bangun pagi terus ngadap belog pastu tido balik,pastu bangun ngadap belog balik,pastu tido balik,pastu baru mandi,pastu makan,pastu ngadap belog,pastu bagi kucing makan,pastu ngadap belog sampai otak pun jadi tepu.ekeke

lepas tu bila dah sakit kepala sebab terlalu mengadap laptop,rehat layan kider buenoo dan terus teringat balik masa zaman kecik-kecik dulu.zaman yang kita semua pertama kali mencuba semua benda.ingat g dak?

pertama kali naik basikal.aku ingat masa tu duk dekat umah tok lagi main basikal roda kaler-kaler.ada warna biru,warna pink,warna hijo.roda jenis padat tanpa perlu pam angin.yang ajar aku naik basikal adalah kakak aku.banyak kali naik asek nak jatuh je.tapi sebab semangat tak putus asa tu berapa kali jatuh pun tetap nak cuba jugak.kalau la masa belajar pun ada semangat macam tu T-T.



bila dah pandai try bawak lepas dua tangan tapi boleh lepas tak sampai sesaat pun.tapi dah rasa diri tu hebat dan pikir layak wakil malaysia dah -_-'.

pertama kali masuk darjah satu.masa tu semua benda mama dengan abah yang uruskan.beg nak beg roda kaler merah.dulu masa masuk darjah satu dah pakai tudung dah.tapi tak reti pakai sendiri,tudung mama lipat siap pakai jarum peniti.sumpah nampak suci tahap tinggi klcc.


nasib baik dulu tak de angry bird

pertama kali bela kucing.masa tu ada sekor kucing jantan kaler oren belang-belang datang umah.tak taw nak bagi makan apa.cari makanan dekat dapur.lepas tu ambik ayam dalam sup dekat dapur.tapi sebelum tu tengok kiri kanan dengan muka cemas.letak dekat tapak tangan lari kelua rumah laju-laju tapi dengan muka selamba terus bagi dekat kucing tu.


lepas tu kucing tu tinggal dekat rumah sampai satu hari hilang tak taw g mana :'(.tapi kucing lain datang pulak dan keturunan dia ada sampai sekarang.generasi subur... 

pertama kali ada komputer.komputer dulu yang kaler putih pastu saiz dia macam kotak yang hanya bapak-bapak je yang larat angkat.kalau bebudak macam aku angkat masa tu,mau terputus urat.masa tu eksaited gila sampai mata berbintang-bintang.



siap susun kerusi dengan adik-adik sebab nak tengok orang tu pasangkan komputer.haaa..nampak tak gila gilaan punya eksaited.

hmmmmm!!!^_^ ^_^ ^_^
teringatnya dengan zaman kecik molek dulu.kalau doremon wujud,nak merayu pinjam mesin masa nak tengok balik apa junior mirza syazwina buat..hikhik

have a nice day

6 comments:

Sweethoneybelle said...

hahahaha yang pasal pc tu ingat lagi dulu ayah beli rasa bangga gila cita kat kawan2 rumah kite ada komputer ooo . . lepas tu belajar kat sekolah balik try2 praktik kat komputer yang dibangga2kan . bila jadi pergi plak sekolah bgtao kawan2 cakap buat kat komputer sendiri menjadik ! aigooo tahap budak2 gila otak dulu2 ni
ahahahahaha :p

Harith said...

dulu? ermmm apa yg sy buat ek?byk juga termasuk ada bela kucing, basikal n mcm2 juga yg sy xnak ingat kembali ehe ;)

Niena Reen said...

Alahai kak... Bila bayangkan kak mirza buat semua tu masa kecik2, ya Allah comelnyaaaa!!! Hahaha.
Semua benda yang pertama kali memang seronok and excited lain macam sikit kan kak! Ya lah, kita tak pernah jumpa lagi benda2 tu. :D

Cikgu Norazimah said...

CN suka part masa mula2 masuk darjah 1, mmg muka suci gila dengan tudung berpin piniti, elok bulat jer dekat muka..hehehe

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

pertama kali mesti kita rasa excited kan? hehe.. kucing tu macam garfield je.. :D

Akeyla Azmi said...

yeeee qila pun harap sangat ada time machine hihihi