5 March 2014

hari ni saya nak ajar cara buat CHOCOLATE BODY SCRUB ^^


assalamualaikum :)

kalau namanya perempuan macam-macam kena jaga kan..itu ini..tapi tu satu kelebihan apa.macam-macam kita boleh try kan.kalau perempuan fesyen pun banyak boleh cuba.baju bunga2,baju gambar kucing.baju ada ropol ropol,ada reben..hikhik..sukanya..sep sikit!

kalau bab badan,mesti nak kulit sentisa lembut.lagi-lagi sapa yang dah kawen.nanti suami pegang rasa lembut-lembut macam tu.bertambah-tambah sayang dengan isteri dia.hehee.jadi sebab itu sekurang-kurangnya dua kali seminggu kita kena scrub badan..bagi segala daki-daki kotor-kotor badan tu hilang.

kelebihan scrub badan

1)tanggalkan sel mati atau daki dekat badan

2)hindarkan bau badan

3)putihkan bahagian macam pelipat,celah tiak

4)jadi kulit halus dan gebuuu

jadi hari ni aku nak tunjuk buat body scrub sendiri,aku memang suka sangat berDIY,sebab kita taw bahan apa yang kita guna untuk buat satu benda tu plus lebih selamat :).laki pun boleh jugak..jangan malu2..^^

"SCRUB BADAN CEKELAT"


barang dia serius senang,olive oil,gula perang dengan serbuk koko.
kalau tak de gula perang,gula putih tu pun okay..yang serbuk koko ni aku suka yang brand ni..tak pernah tukar brand lain..tetap setia.ekeke

minyak zaitun ni memang baik untuk badan pun.kalau nak taw lagi.g google..hehe.coklat pulak boleh lembutkan kulit bila dia meresap dalam kulit tu.bestnya!untuk gula pulak bantu tanggalkan daki2 tu semua.


step pertama : ambik 4 sudu gula perang masuk dalam mangkuk


step kedua : letak dua sudu serbuk koko


step ketiga : gaul gaul lepas tu buat smiley macam tu dan senyum sorang-sorang


step keempat : masukkan dua sudu minyak zaitun


step kelima : gaul semua bagi sampai betul-betul rata taw

dah siap!lepas tu korang boleh la cari bekas untuk nak letakkan benda ni okay :)



macam aku,aku guna bekas kaca ni.bekas ni sebenarnya dapat dari kenduri..hikhik..ataupun boleh guna bekas jem,bekas mayonis tu ke..basuh betul-betul..keringkan..letak dalam tu.cun!


jeng!jeng!aku ikat dengan reben bagi namapk comel sikit.baru semangat nak scrub badan kan.lepas tu letak print sticker tu tempek dekat botol tu.suka sangat tengok.ni rasa macam nak mandi duaploh kali sehari ni. *okay melampau



aku print ni la,tapi aku potong bahagian atas tu,hikhik.
bila print pakai photo paper jadik warna ungu gelap


yang ola! tu body scrub yang aku beli.ekceli macam leceh sikit guna ni..susah nak tuang lepas tu kena tuang banyak sebab dia cam cair sikit.tapi sekarang yang ola! tu iolls nak simpan aje buat hiasan.yang iolls dah buat tu yang iolls nak guna.

tadi,pagi tadi aku guna scrub badan ni.sumpah best..dengan bau cekelat nya.nyam nyam..nak gigit badan sendiri boleyy?ehahaa!lepas dah bilas tu lembut je kulit ni....happy!

tu jela kot..have a nice day ^^


26 comments:

Normi Nieza said...

good sharing miza..:)

Normi Nieza said...

klik iklan..:)

Cik Puan said...

Uihh...gune coklate pon boleh ek mirza...pestaim ne cik tahu...
rase nak membaking kek pula.kohkohkoh

Sweethoneybelle said...

woooo kreatif gila mirza . . pandai betul yew diy ni . . tabik spring . . kak muni pon tak penah lagi ni nak berdiy . . semua keluar duit beli je . . hehehehe :p thanks for sharing yeah . . bapak ah senang giler . . ngee ~

Niena Reen said...

Wah best best! Comel ja bila dah masuk dalam bekas. Hehehe... XD

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. akak nak cuba juga la nanti.. dah lama tak manjakan diri.. skrub tu tahan lama ke miza? tak payah simpan dalam peti ya?

mirza syazwina said...

hai kak aiza ^ ^
insyAllah,tahan lama..
tak yah simpan dalam peti pun tak pe..
hehe :)

Hafiza AizZawa said...

risau tak tahan nnt rasa nak mkn pulak.. coklat kot.. hehe

Sya Mimie said...

rajinnya dia buat sendiri..akk belum berkerajinan nak buat. beli je..heheh

Wan Maruzen Wan Husain said...

wah nnti boleh try wat ni...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

insya-Allah nanti nak cuba buat.. senang kalau tak payah simpan dalam peti sejuk..

Lieya Von Jay said...

PERGHHH ... hebat miza.. boleh start menega kalo cemni

dilaella Ella said...

wah boleh try ni, semua bahan dah ada :)

Naniey Jemiey said...

serbuk coklat tu buat kek pon sedap kan..akekeke

wani zacq said...

X simpan dlm peti Ais x pe ke

mirza syazwina said...

wani : tak pe..tak payah simpan dalam peti ais pun x pe..tapi kalau nak letak pun boleh jugak..heee

Anonymous said...

Kalau pakai kat muka scrub ni boleh ke? Ke ade side effect?

mirza syazwina said...

insyAllah boleh sebab kita bukan pakai bahan yang bahaya,semua bahan semula jadi ^_^

Ziela Idris said...

Selain olive oil, minyak apa lg boleh guna ye hehe

mirza syazwina said...

ziela : boleh je guna minyak kelapa ataupun madu ^ ^

AN & R Engineering said...

brape tahana ni sis

AN & R Engineering said...

brape lm tahan ni sis

mirza syazwina said...

lama jugak tahan,berbulan rasanya..heee

syadzilamustafa said...

Wow bestnye...hehe mesti rasa nak makan je...coklat tu...

Hihi kepada yang malas nak buat scrub , boleh order dengan saya scrub semulajadi...tapi coffee scrub bukan coklat..hilangkan stress tanggal semua daki2 tu

Ms Anne said...

Melekat x color coklat tu kat badan kalau guna?

mirza syazwina said...

ms anne : tak delah,tak lekat pun warna coklat tu :)