26 February 2014

tips elak kucing sunyi


assalamualaikum :)

dulu masa awal tahun 2012,aku dapat banyak anak kucing.aku ada dua kucing betina yang dah besar dah pun.tapi yang aku pelik kalau sekor bunting sekor lagi mesti bunting jugak.dorang ni dah rancang kewww..ohohoo.tapi sekarang ni tinggal sekor je.yang lagi sekor aku tak taw kat mana.tiba-tiba je tak ada kat rumah.jumpa tuan baru ke :'(.tapi macam comel je tengok dua-dua ekor dengan perut boyot jalan kedek-kedek.hikhik

lepas dua-dua ekor selamat melahirkan.dua-dua ekor dapat kembar tiga.selalu macam tu la.tak pernah dua tak pernah empat mesti tiga.pandai merancang betoll....tapi semuanya tinggal lima je sebab ada sekor sakit.yang lima ekor ni memang rapat kemain.main sama-sama..makan sama-sama..minum sama-sama..tido sama-sama..semuanya sama-sama..sampaikan aku buatkan permainan cantum-cantum kotak macam terowong tu dengan mama dengan abah aku main sama.seronok sangat tengok dorang main.nampak happy sangat..

tapi tak lama lepas tu,sekor-sekor hilang....bukan mati tapi hilang..memang pelik..puas aku cari tapi tak jumpa.tapi yang peliknya anak kucing mana yang aku rapat yang tu la yang akan hilang.lepas hilang sekor,aku rapat dengan yang lain.yang tu pulak yang hilang.macam pelik bunyinya tapi tula jadi.sedih gila gila gila.sampaikan masa tu aku kena pegi rombongan sekolah,aku nangis sorang-sorang dalam bas.orang tak nampak sebab gelap..waktu subuh :'(.sampaikan hanya tinggal sekor je.bayangkan dari lima ekor tinggal sekor je..yang sekor tu la yang still ada dengan aku sampaila sekarang.


ni la antara yang hilang dulu,kalau masih hidup mesti dah besar dah :')

selalu kita dengar kalau kucing ni ada adik-beradik tapi tiba-tiba adik-beradik dia hilang atau mati,mesti yang sekor ni akan rasa sunyi,tak lalu makan..lepas tu mula sakit..lepas sakit tu mungkin akan mati.aku tak nak benda yang sama jadi dekat kucing aku ni.yela..dia selalu main dengan adik-beradik dia.tiba-tiba tinggal sorang je...so kiranya lepas jadi macam tu aku terus ambik action agar jangan jadi benda yang tak elok dekat kucing aku yang satu ni..

sentiasa main dengan kucing

lepas jadi macam tu,aku banyak habiskan masa aku dengan kucing aku.sebab aku tak nak dia rasa sunyi.bila kucing kita baru hilang adik-beradik dia mesti dia tak de sapa nak main.duk je sorang-sorang.macam manusia,kalau hilang orang yang dia sayang..akan rasa sunyi lepas tu sakit.memang aku tak bagi dia duk sorang-sorang selain waktu malam la.sebab dia tidur dekat luar.aku main-main dengan dia..peluk-peluk dia..

sekali sekala mandikan kucing

kucing aku ni jenis kucing kampung,bukan kucing pasri mahupun itali,jadi memang sejak azali dah takut air.pernah bagi mandi anak-anak kucing ni,jerit macam histeria sampaikan mak dia pegi intai kot tingkap bilik air sebab risau sangat..hikhik.jadi kadang-kadang aku bagi kucing aku mandi..sebab bagi aku dengan cara ni akan eratkan lagi hubungan aku dengan dia..cewaaah..walaupun dia jerit-jerit masa mandi tu..tak de la dia nak ingat-ingat sangat dekat adik-beradik dia tu..

paksa makan even dorang tak nak

sepanjang kucing aku keseorangan ni,dia tak de la lagi sakit ke apa..tapi kalau kucing sakit sebab sunyi ni,makan tak lalu..apa pun tak nak..macam bad mood je..tak nak makan.korang kena paksa jugak kucing korang makan.bukak mulut dia sumbatkan makanan tu dalam mulut.nampak macam kejam tapi ni yang aku buat kalau kucing aku tak lalu makan.alhamdulillah lepas tu sihat dan terus lalu makan.tapi sebaiknya bila dorang sakit bagi makanan yang lembut macam yang dalam tin tu..banyak jual kan..

nampak memang mudah,memang senang pun tapi nak buatnya kenala konsisten..jangan sehari dua hari je..kenala berterusan..alih-alih macam aku ni haa..buat macam tu dan lepas tu dia dah jadi kucing yang paling rapat aku.sampai dia bila masuk umah dah taw mana bilik aku.bila dekat lua dah taw mana tingkap bilik aku..ketuk-ketuk nak masuk..


ni laa kucing sunyi yang aku cakap ni,hikhik..sekarang ni dah besar gedabak dah.dalam banyak-banyak kucing kat rumah ni..dia la yang paling gemuk sekali..kalau bab makan dengan tido.dia la nombor satu.

papepun,jangan biar kucing sunyi..kita sebagai tuan dia kena jagan kucing kita betol-betol okay ^ ^

have a nice day


12 comments:

Cik Puan said...

amboiiii..tak sopan die tido tu..kangkang sangat lahhh/\..hahhahaaa
sape pencinta kucing bace entry mirza ne memang angguk2 je lah..same je situasi tu..cuma skrg ne cik tak dapat tinggal sesame dgn kucing cik.memandangkan cik masih dok umah mentua memang tak lah cik bawe kucing cik tinggal sekali..mau putus kepala kucing tu di kerjakan nanti..hahhahaha

Lieya Von Jay said...

rindu nya kat kucing akak! huhuhu

Sya Mimie said...

kucing akk kalau kitorng tinggalkan dorang jap, mesti meriah time nampak kitorng dah balik.. sume pakat nak sambut tuan2 dia..hehe

Sweethoneybelle said...

kak muni pon ada kucing . . nanti nak updte jugak la pasal kucing sis . . hehehe . . tapi yang tak bestnye kucing kak muni tinggal kat rumah mentua . . dua minggu sekali bru boleh balik tgk dorang ha kat kampung . . memang sonok bela kucing ni . . dulu kak muni tak suka tapi sejak hubby suka kucing kak muni pon ikot sekali . . gatalkan ? hahahahah ;p

Gee Lion said...

Last saya bela kucing masa masih bersekolah. Kucing tu pun hilang satu persatu.. Tak tinggal sekoq pun.. Sedih. T_T
Pastu, dah tak bela dah mana-mana kucing.
Hurm..

Bahrain said...

pergh! gambar kucing tidur tu memang mengancam dan comel. hehe

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

setuju dengan semua tips untuk elak kucing sunyi ni miza.. buntal betul perut dia, apa namanya miza? masa kat kampung dulu akak bela kucing, rumah akak dekat dengan hutan, anak kucing akak selalu hilang bila dah remaja sikit.. rupa-rupanya ada biawak yang makan dia, sedih sangat bila jumpa kepala anak kucing tu tanpa badan.. kucing yang besar pula pernah dimakan oleh ular sawa.. memang kejam betul biawak dan ular tu.. :(

Cikgu Norazimah said...

alolo...comeynyer ! CN kesian dengan kucing dekat rumah sebab jadi mangsa buli Irfan, kucing tu redha jer kena buli ngn Irfan ;)

dilaella Ella said...

tips yang berguna mirza, thanks. memang sedih bila kucing kita sayang hilang..sabar jelah. kucing akak pun takut air, habis tangan kena cakar masa mandikan dia. :)

asha hana said...

ur entry make me feel so missing !! rindu sangat dengan kucing2 kak hana :'(

Norhasniza Khalid said...

kemain lagi ada sunyi lah sangat... hahaha....

Tetamu Istimewa said...

Nak paksa dia mandi tulah yang susah. Kucing kalau tak biasa kena air, memang bertukar jadi harimaulah.