9 October 2013

jumpa baby dalam loji :(

assalamualaikum

sedih bila selalu dengar bayi kena buang,dah la kena buang lepas tu kena gigit semut la,tak sanggup rasanya.lagi sedih bila bangsa sendiri yang banyak buat benda ni.malas nak cakap bangsa apa la kan....

masa tengah dok bergayut sakan dengan kawan yang belajar dekat u dekat satu negeri ni,
dia pun cerita..

............................................................

satu hari dekat u dia,terjumpa something dalam loji..rupa-rupanya baby..
kalau tak silap bayi lelaki yang cukup umur,macam mane pihak u tahu siapa ibu baby tu
sebab jumpa cadar yang penuh dengan darah dalam locker,
puncanya biasala sebab si lelaki dah tinggalkan si perempuan..si lelaki tak nak bertanggungjawab

budak perempuan tu sebaya dengan aku je,19 tahun..yang sedihnya budak perempuan tu dah
jadi macam tak betul dah..mungkin sebab peristiwa yang dia alami,yela..dah mengandung lepas tu tak de sapa pulak yang tolong..yang bagi support..

bila kawan2 dia taw tarikh bersalin tu..kawan-kawan budak perempuan tu kata,lepas hari yang dia bersalin tu nampak relax je,boleh siap lompat-lompat lagi dalam kelas,pelik ni sebab orang lepas beranak manala nak larat kan..

then,budak perempuan tu masa tu dalam proses kena buang u rasanya..rugi je sebab bukan senang nak masuk u,tengok2 kena buang macam tu je...

aku sendiri pun jadi takut sebab yela remaja semua benda nak cuba,aku harap sangat aku dijauhkan dengan benda macam ni..kadang-kadang kita manusia pun selalu lalai tapi lebih baik beringat sebelum terjerumus..kalau tak nak pikir pasal diri sendiri pikir pasal ibu bapa :)

tapi walau apa pun dosa kita,jangan takut untuk minta ampun dengan Allah sebab Allah sayang kepada hambanya :')


have a nice day :)

11 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

fenomena ini semakin menjadi-jadi, seolah-olah kembali ke zaman jahiliyah di mana bayi perempuan dibunuh dengan cara menanam hidup-hidup.. kasihan bayi yang tak berdosa jadi mangsa.. punca semua dari diri kita sendiri.. dalam hal ini tak boleh salahkan keadaan dan orang lain..

Niena Reen said...

ya allah.. sedihnya dengar.. :'( kenapa dia tak jaga je.. ada baca tak yg budak perempuan ambil pmr bersalin anak dia dengan selamat. dia jaga kot anak dia.. hmm kan bagus kalau jaga. itulah, minta kita dijauhkan daripada perkara begini ya.. amin. syaitan sentiasa ada untuk merosakkan anak adam.

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

Astagfirullah... sekarang ni semua nya dah nak hampir kepada kiamat. nanti di akhirat mwnjawabla drg dgn Allah. dahla buat salah, tambah lagi buat salah. sebenarnya remaja skg ni dah tak fkr pgorbanan org tua dan kepercayaan org tua kepada mereka. semuanya drg sia-siakan. pasti ibu bapa drg sedih klu dapat tahu. dan yang sedihnya satu hari nanti dia akan berkahwin juga dannnnn.... sure dia akan rsa myesal yg teramat sgt...

cik azLyzah⊙.☉ said...

tu lah..kene BIJAK kawal diri..Jangan mudah TERPENGARUH.Kekdang kite ta dapat kawal hasutan syaitan...so banyak kan istigfar..Ape2 pon jage diri ye dik... :)

dilaella Ella said...

sedihnya..suka2 hati saja buang anak, bayi tu tak ada salah pun..nauzubillahiminzalik

Lieya Von Jay said...

kalo nak buat apa2 kena fikir akibat yang akan di tanggung , tak boleh terlalu lalai dengan cinta yang belom tahu hujung pangkal nya. perempuan jugak yg kena tnggung semua orang lelaki relax ja... nauzubillahminzalik. semoga kita dijauh kan dari perkara yg seperti ini

Mazatul Azura Muhamad said...

Allah maha besar.. moga budak tu dapat petunjuk dari allah

Norhasniza Khalid said...

kenapa anak itu dibuang, mama tak baca entri ni mirza, baca tajuk je dah cukup.. mama memang tak boleh dengar cite macam ni, mama sebak...

asha hana said...

ya ALLAH. bila akal dikuasai oleh hati. mcm nie lah jadi. hana pown takut sangat benda nie jadi pada hana mnx dijauhkan. semoga ALLAH bg petnjuk pada adik tu. kan sebaiknya disedekah anak itu pada yang lebih memerlukan. itu lebih baik. :')

Sya Mimie said...

akk pun takut dengan bnda2 mcm ni.. takut juga kalau Allah uji kita, kita lalai ke, berubah sikap ke.. minta dijauhkan la..syukur dah nak kawin..dah tak risau sangat2.. :)

fatin hazirah said...

mintak simpang .
zaman sekarang parents buang anak ,
anak pun buang parents :'(