14 September 2013

apa salahnya pakai baju corak dengan tudung yang bercorak sarat jugak.

assalamualaikum :)

sejujurnya aku memang tak pakar bab-bab yang memachingkan warna-warna baju ni.asal bekenan di hati balon aje selagi mampu.asal mata dah memberi isyarat ok set terus rembat dan pakai tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling yang melihat.senang cerita aku pakai apa yang aku rasa cantik bukan apa yang orang lain rasa cantik.

selalunya orang cakap.kalau pakai baju corak tudung mesti warna plain.kalau pakai tudung corak baju mesti plain.kalau pakai seluar corak bunga ros mak tam tepi rumah.baju mesti plain.aahh!bagi aku, ku tepis semua andaian itu.ku pakai ikut suka hati aku.(getus hati kecil ku)


alamak,besaunya gambo.tengok tak tipu kan.baju aku yang bercorak majoritinya semua corak sarat.lepas tu pakai shawl pun dah sarat jugak coraknya.adakah aku telah menyalahi hukum berfasion.ada saya kesah?acecee,sopan pulak.

ko ni dah la pakai baju corak,tudung pun corak jugak.ish biala..(dialog aku dengan kakak)bhaaha.
kan,aku pakai macam ni seharian masa dekat kl hari tu.corak dekat baju boleh tahan banyak jugak.dekat tudung tu?lagi la..jangan cakap la.memang rapat-rapat bunga-bungaan nya.tapi aku rasa still nampak awesome lagi.ayat ku penuh dengan keyakinan.

ni lagi satu merangkap gambar terakhir.amboi...suka ka??

sebenarnya dalam berpakaian atau berfasion ni tak payah ikut sangat hukum-hukum fasion ni.ikut citarasa mata udah le.kalau dah badan rasa selesa dan cantik.just go on.pakai je.tak payah risau orang kata apa.

kalau nak pakai baju biru tudung oren,baju hijo tudung kuning.pakai je.itu jadi kaler block.cantik apa!.tapi aku tak pernah try calour block lagi.insyAllah nak mencuba nanti.jangan sebab takut orang mengata buruk ke apa.terus tebantut diri nak berfasion.kita kena sentiasa bereksperimen okayy!!


tengok nenek ni,walaupun dah tua tapi still berfasion macam orang mudah,kalah aku dowh...

sebab apa anak-anak sekalian??

yee...betull...sebab nenek tu yakin pada diri sendiri.yakin pada fasion yang dia gayakan..pandai anak-anak sekalian :)


itu sahaja dari saya.terima kasih sudi menempek sini :)

15 comments:

timm_bill said...

yeah! confident! like3..

puteri airyn said...

Zaman sekarang ni pakai macam mana pun tak pa.. Sekarang kan ada fesyen colour block..Lagi lah pelik.. Tapi ada je yang menggayakannnya.. Salah seorangnya Kak Erin lah suka colour block ni.. sebab malas nak maching-maching colour..apa yang ada, pakai je..

Norhaizan hakim said...

Pakai lah macam mana pun mirza, janji tutup aurat. Tapi jangan pilak mirza pakai baju corak bunga ros dantudung corak rama2 sudah...dah macam taman bergerak ler pulak!

Norniwanie Nasarudin said...

Setuju..yang penting tentulah menutup aurat dan kita selesa and confident memakainya...kan..hee..:D

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

akak pun hentam je dalam berfesyen ni.. asalkan kemas dan tutup aurat je.. hehe..

zaza nizam said...

as salam mirza,
zaza pun main belasah jgak bak fesyen ni.. ikut sedap mata memandang! hehe

Teena Tna said...

Kalau Teena, janji sedap mata memandang. Btw, ada eh hukum berfesyen? Baru tau, haha

Harith Iskandar said...

pakai lah apa pun janji tutup aurat dgn seadanya dan cukup syarat2 nya pun dh memadai.fesyen2 ni masing2 lah kan cume jgn berlebihan jer :)

mujahidah maisarah said...

ahaha,,pakai je.lantakla org nak ckp apa pon.

mirza syazwina said...

hahaaa,ntah,main cakap aje :P

Norhasniza Khalid said...

pakai je... tak kisah apa pun zaman sekarang hihi..

mirza syazwina said...

yeay!!betul tu semuanya,janji tutup aurat kan :)

cik azLyzah⊙.☉ said...

Yang penting tak bogel dan selesa..hahahahaaaa (hayat 18+)

dilaella Ella said...

saya pun tak pandai sangat soal fesyen2 ni, yg penting selesa dengan apa yg kita pakai :)

fatin hazirah said...

hihi :*
well jangan nak jadi mangsa fashion sangatt lah !
hihi nice sharing , betuii tu . pakai apa punn janjii kita selesa (: