10 July 2013

berbaktilah kepada ibubapa kamu

assalamualaikum

hari ni genap 16 hari tok pergi tinggalkan aku sekeluarga,Allah lebih sayangkan dia.tahun ni tak da ramadhan lagi dengan tok,tak de lagi raya dengan tok.

yang paling terkesan dengan kepergian tok mungkin ialah mama aku sebab setiap hari mama akan masak lauk hantar kat tok.setiap hari bukan seminggu sekali,bukan sebulan sekali.kadang-kadang mama kata tersasul pikir nak masak apa dekat tok.aku tengok sendiri penat lelah mama dengan abah jaga tok hari-hari even pukul 3 pagi pun tetap pergi rumah tok kalau apa-apa jadi.kalau tok ada masalah pape mesti telefon rumah.sebab tu mama cakap.

"lepas ni tak de lagi telefon bunyi dah"

sebelum tok pergi dijemput Allah,tok selalu keluar masuk hospital.tapi selalunya kalau masuk lepas tu akan keluar balik sebab dah sihat.tapi kali ni lain,tok masuk lagi hospital tapi tak keluar pun.doktor kata dah tak de harapan.tak de oksigen dalam paru-paru tok.tekanan darah tok rendah.

masa dulu tok masuk hospital,aku dengan mama pegi jenguk.aku tangkap gambar tok.

"tok,tok tengok sini ija nak tangkap gambar ^_^"
"pandai tangkap gambar ye,nanti kalau tok mati.ada jugak gambar tok nak tengok"

tok senyum je.aku pun senyum je sebab tak kan nak buat muka sedih pulak.memang niat aku nak buat tok gembira.kalau kita buat orang sakit gembira dapat pahala.Allah pun suka kan=').

masa ajal tok nak dekat sampai.ramai yang datang baca yassin.tak putus-putus orang baca yassin.mama kata tu rezeki tok.bila ajal tok dah sampai.sangat tenang tok pergi menghadap Allah.tak da langsung kesulitan.bila jenazah tok nak hantar dekat rumah.mama suruh angkat katil tok yang dekat ruang tamu tu sebab mama tak sanggup nak tengok katil tu.

bila dah sampai.lepas tu aku dengan kak ina baca yassin dekat jenazah tok.rasa macam tak percaya tok dah tak de.bila baca yassin baru aku terperasan satu ayat dari surah yassin.

"kunfayakun"

lepas baca ayat ni baru aku sedar kalau Allah kata jadi maka jadila.jadi aku terima ni semua dengan hati yang ikhlas.sebelum tok pergi tu.aku sempat suap tok minum,kutip sisa makanan tok yang jatuh dekat katil.ya Allah merasa jugak aku buat semua ni.rasa macam baru je aku buat semua ni dekat tok.


tiba-tiba air mata ni nak keluar pulak masa taip entry ni.ya Allah aku rindu.

masa nak uruskan jenazah tok.kami adik-beradik sedara semua mandikan jenazah tok.ramai orang kata muka tok macam tengah tidur.tenang sangat.mungkin tok tak sabar nak jumpa Allah.aku taw mama dengan abah tak rasa terkilan bila Allah menjemput tok sebab mereka dah jaga tok dengan sebaik baik nya=').

Ya Allah semoga kau cucuri roh tok dan tempatkan nya dalam golongan mereka yang beriman.tenangkannya di sana dan tempatkan tok di syurga.insyaAllah.

sesiapa yang baca entry ni saya mintak tolong sedekahkan al-fatihah dekat tok.terima kasih=)

kalau kita buat baik dekat ibubapa kita insyaAllah nanti kalau kita ada anak pun.mereka akan buat perkara yang sama dekat kita.itu yang aku belajar dari mama dengan abah.jadi jaga ibu bapa kita selagi mereka masih dengan kita

terima kasih luangkan masa untuk baca ni.


9 comments:

Normi Nieza said...

so touching..al-fatihah

fatin hazirah said...

al fatihah :')

Mizz Aiza said...

al-fatihah untuk arwah tok adik.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh..
sedih pula baca kisah ni.. teringat kepada opah akak di kampung tengah sakit tua, umurnya dah 89tahun..

cik azLyzah⊙.☉ said...

Al-fatihah..
sedey bace entry ne :(

Norhasniza Khalid said...

al fatihah....

~zmanja~ said...

Al-Fatihah tuk arwah...semoga tabah menghadapi dugaan dari NYA..

Shakira Pathi said...

Al fatihah buat arwah tok mirza.

Shakira Pathi said...

Al fatihah

Aida Ismail said...

Al-fatihah. Teringat nenek sis yang baru meninggal beberapa bulan yang lepas.