22 July 2013

jangan "kurang ajar" dengan ilmu

assalamualaikum :)

belajar bukan masa sekolah rendah sampai universiti je.tapi orang tua pun belajar jugak cuma bukan belajar secara formal macam budak-budak sekolah tu.kita akan belajar dari semasa ke semasa setiap hari sampaila kita dah tak da suatu hari nanti.

tapi yang bezanya apa yang kita belajar tu berkat atau pun tak.nak mencari berkatnya belajar tu depends on you.kalau pandai jaga perasaan ilmu tu jadi ilmu tu pun akan suka dekat you.macam pelik je bunyinya kan tapi dulu masa form 5 aku pernah baca setiap yang kita belajar tu ada perasaan dia.kalau kita buat baik dekat ilmu tu,bila belajar senang je masuk.

contohnya macam.subject ekonomi ada perasaannya.kalau you belajar tapi asyik main campak je buku.tak hormat langsung the ilmu.ilmu tu pun tak kan suka dekat you.


pijak buku sesuka hati

bila buku berterabur selerak sampai jalan pun tak boleh.jangan pijak buku atau nota tu.ni tak buku beselerak lagi dipijak,campak merata-rata.kalau kita pun kena buat macam tu,kita pun akan rasa kecik hati dan marah.samala macam ilmu.

jadi kemasla buku anda dan hormatila ilmu :)

merungut dengan perkataan yang mencarut dekat ilmu

"macam @#$%^&!!! la subjek ni!!celaka betul!"

bila markah rendah sikit masa exam dah merungut macam orang meroyan.fade up nak belajar lagi.setiap orang pun pernah alami kegagalan.aku pun pernah gagal dalam belajar berjuta kali sampai rasa Allah tu tak adil sebab tak bagi aku cemerlang.tapi aku ingat satu je.

semakin banyak kita bersyukur dengan nikmat Allah,semakin banyak nikmat Allah yang datang dekat kita.walaupun aku banyak kali gagal dalam belajar satu masa dulu tapi prisip ni sentiasa aku pegang.

jadi jangan merungut dan mencarut dengan ilmu,kita pun akan susah masuk bila belajar.


hormati ilmu kerana mereka akan hormati kamu balik

lagi satu pesanan dari saya jangan mudah berputus asa apabila kamu gagal berkali-kali kerana Allah telah merancang sesuatu yang baik untuk kamu suatu hari nanti.kalau tak dapat jangka masa yang cepat,jangka masa panjang mesti Allah akan bagi.kalau tak dapat jugak kat dunia.di akhirat itu pasti:)

terima kasih dari entry yang tak seberapa ini :)

12 comments:

ainil fazieda said...

betul tuh . kita kena hormat ilmu tuh dan org yg memberi ilmu jugak . mcm cikgu , kita kena hormat cikgu , barulah pelajaran berkat! ^^

fatin hazirah said...

betul lah . kadang kita tak sedar yang perbuatan kita tu 'tak berkat'kan ilmu .

Norhasniza Khalid said...

itu lah, geram je tengok bebudak suka langkah beg sekolah.. nasib anak cina yang suka buat cenggitu

Nira Karmila said...

Prinsip awak sama dengan saya~ :D

Lieya VoN JaY said...

nice thought dik.. kebanyakan budak-budak memang tak pernah hormat ilmu. Bagus jugak adik kongsi pendapat adik tentang ni

Normi Nieza said...

good sharing..:)

Shakira Pathi said...

Boleh jadi kaunselor ni :p

Mizz Aiza said...

betul tu adik.. bila kita hormat ilmu insya-Allah berkat dan senang nak terima ilmu tu..

tenku butang said...

rilakuma casing henfon.. heeee

cik azLyzah⊙.☉ said...

yeah...cenggini lah contoh pelajar2 yang berwibawa..cehhhhh

Aida Ismail said...

Satu lagi, jangan sesekali main langkah je buku tu. Seeloknya, alihkan ke tempat yang lebih sesuai. Akak pantang betul orang dok langkah2 buku ni.

Harith Iskandar said...

mm betul tu.tp jgn lupa pula amalkan ilmu tu sbb nnti amal tanpa ilmu kan sia-sia :)