21 June 2013

kerana buat baik kepada kucing=')

assalamualaikum^^

hari ni hari jumaat,kat sekolah aku ada sukan untuk form 6,sukan lah sangat.ada orang gelak iteww lari!!memalukan-__-".lepas tu pergi pasar malam dekat dekat situ jugak sebab kuala kangsar pasar malam hari jumaat.

nak dijadikan cerita kami on the way jalan ke pasar malam.jumpa sekor anak kucing kecik je tengah tido.kurus warna oren.comel!!nak bawak balik je tapi kucing kat rumah pun belambak dan bakal bertambah.macam mana.tsskk!T-T

muka baru lepas balik je,ada kucing atas bahu iteww leewww!!

ok,nak dijadikan cerita yang tak jadi di atas tadi.tengah-tengah berjalan tu abah aku cerita.ada sorang pak cik tua ni.dia sakit kaki tak boleh nak jalan.nak pergi mana-mana kena pakai kerusi roda je.dalam sakit-sakit pun,pak cik ni ada satu sifat yang sangat mulia yang semua orang pun tak semestinya dapat buat macam pak cik ni.

pak cik tadi seorang yang sangat sayangkan kucing.kalau dia jumpa kucing even kurap tahap gila pun dia akan kutip bagi ubat,bagi makan sampai la kucing tu sihat.sebenarnya pakcik ni teringin nak pergi makkah.dapat tawaf kaabah tu dan dapat buat benda wajib pun jadi sebab nak buat benda sunat memang tak mampu sebab pakcik ni sakit.

dengan izin Allah pakcik ni sampai dekat bumi makkah dan ditakdirkan satu hari pak cik ni terjumpa kucing kurap dekat makkah.dengan sifat semula jadi yang ada dekat pak cik ni yang sangat sayangkan kucing.dia ambil dan bagi makan sampai la kucing tu sihat.lepas kucing tu sihat.dia gesel-gesel dekat kaki pak cik tu.

kuasa Allah,kaki pak cik tu baik macam biasa.dia boleh berjalan dan tunaikan kewajipan sebagai umat islam tanpa ada orang perlu tolak kerusi roda macam sebelum ni.alhamdulillah=').bila dah selesai tunaikan haji,nak balik Malaysia dah.masa nak naik tangga tu.pak cik ni tiba-tiba perasankan kucing yang dia jaga tu ada duk tunggu dia.kucing tu tengok je pak cik ni sampaila pakcik ni habis naik tangga,sampai tangga yang terakhir pakcik tu toleh kucing tu dah tak de.rupanya kucing tu didatangkan oleh Allah untuk pakcik tadi.

masa aku tengah taip entry ni,kucing-kucing aku tengah tido je kojenye.yang lain ada dekat luar.yang tengah jilat bulu kembang dia tu memang pun suka menyebuk kalau aku bukak laptop.yang lain elok je tido bawah,dia nak jugak duk tepi tuan dia.ihiikkss!

disebabkan kebaikan kita even dengan binatang pun Allah akan balas dengan sebesar-besarnya.jadi buat baiklah kepada semua makhluk k^^

tak rugi pun kalau kita sayang binatang kesayangan nabi ni,kan=D

thanks!

10 comments:

cik yaya said...

best cerita ni..
kuasa Allah..
kalau kita buat baik, insyaAllah dibalas baik

Shakira Pathi said...

Subhanllah :')

Cik Fie said...

subhanallah :)

www.cikfie.com

dilaella Ella said...

subhanallah..suka cerita ni..:)

Murni Amir said...

subhanallah . tinggi kuasa allah :)

PeRdU cINta said...

betul..akak pun suka kucing dik..baba mama akak suka kucing..kat kampung ada 7 ekor..hihihihi..macam macam orang cakap..kami buat tak tau je..biarlah penat nanti berhentilah potpetpotpet tu..tunggu ganjaran di akhirat kelak.. :)

mirza syazwina said...

orang memang suka mengata,ganjaran kat akhirat lebih besar^^

mirza syazwina said...

insyaAllah,betul3=)

Nadd said...

SubhanAllah :')

fatin hazirah said...

pencinta haiwan .
bagus bagus .
banyakkknya awok bela kucing mirza :O