20 April 2013

dan dan la nak menguap nya pun


hai kamu semua!

pernah tak korang mengalami situasi bila online tu kemain lagi mata bulat nak terjojol.tapi bila belajar,time tu jugak la penyakit ngantuk datang la,tiba-tiba rasa penat la padahal pagi tadi membuta tak ingat makan.bila dah macam ni,rasa malehh je eden nak belajo.

aku sedih kalau jadi gini,tsskk T-T.dan dan la nak menguapnya pun bila study.time online,berbeloggss tak pulak kau nak nguap ya mulut.tak pulak kau nak tutup ya mata.

sifat syaitan tu menggoda manusia suh tak wat benda yang berfaedah.aeh!blog ada faedah apa,asal tak ngantuk??ihikks!



ok,ustazah mirza jolie nak bagi beberapa tips sebelum study untuk semua termasuk la kepada ustazah mirza jolie juga=)

wuduk
seelok-eloknya sebelum study kita baik ambik wuduk dulu.ini untuk bagi kita segar.boleh jugak elakkan kita dari godaan syaitan=)

niat
masa duduk depan buku tu.betulkkan niat dulu.tepikan lappy dan facebook.juga blog.uhuuu!
niatkan"aku belajar ini bukan kerana sesiapa tapi kerana Allah"

doa




doa ni semua orang pun taw.budak tadika pun taw so jom amalkan sama-sama sebelum belajar.

mind set
ye murid-murid semua.sila bagi perhatian!

kita mesti setkan kepala otak ni kepada buku yang kita nak belajar tu.jangan dok ingat leman sebelah umah je.jap jap jeling fon tengok ada mesej ke tak.bila ada mesej cepat je capai,tengok-tengok celcom yang hantar.wahahaa!

air atau gula-gula
bagi ustazah mirza jolie,air atau gula-gula ni penting untuk elakkan kita ngantuk dan bosan.ada jugak benda yang manis dan mencair dalam mulut kan.

lagu
sesungguhnya mendengar lagu masa study memang tidak elok,tapi aku la tu selalu wat T-T.the best way kalau nak lagu jugak adalah lagu yang tiada lirik,i mean instrumental song.

cerr hari tu pulak putus cintan nya,pastu dengar lagu jiwang bunga-bunga cinta pulak.tak ke hilang fokus,haiyaak

ok dah,harap harap dapat memberi manfaat kepada semua yang baca ya.kalau ada yang salah silalah jangan segan silu bagitaw dengan kadar segera yang maksimum.

nyahkan menguap masa belajo!

saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan 

p/s:perut dah berkeroncong kelaparan


1 comment:

Shakira Pathi said...

Nice tips, selalu jugak la amalkan cara mirza ni :)