26 March 2013

tak de telekung bukan bermakna tak boleh solat


assalammualaikum^^

gambar curikk -___-


tiba-tiba tergerak hati untuk menulis mengenai ini,yela.kalau kat malaysia kebanyakan dan boleh jugak cakap keseluruhannya bila solat akan memakai telekung.berbeza dengan negara kat timur tengah yang mereka solat dengan hanya memakai apa yang mereka pakai sahaja.tiada telekung.


di shoping mall:

"cik bedah jom la solat,masuk waktu dah"

"ermmm,tak pela..tak bawak telekung la"

"aiyaa.telekung surau ada meyhh"

"mu nak suh teman pakei telekung surau?.euuww tak nak la,dah berkongsi dengan ramai orang"

" =______="

"ala,tak ngape,nanti qada' balik.Allah pun paham"

"eerrkkk???"

gedikkss cik bedak nie....

sila jangan contohi cik bedah,sekian.

telekung bukanla syarat wajib kalau nak solat.asalkan pakaian kita tutup aurat dengan mengikut apa yang disuruh dan bersih dari najis seperti taik cicak dan taik lipas,dah boleh solat.Islam memudahkan penganutnya bukan membebankan kita=)

kan bagus kalau kita keluar dengan pakaian yang sempurna dan tak payah nak memberatkan beg untuk sumbat lagi telekung yang dah tersedia sarat dengan makeup,kad kedit berkepuk-kepuk.kan,kan

syarat menutup aurat ketika solat,serba sedikit yang aku tuliskan:

-tutup semua kecuali muka dan tangan

-pakaian tidak jarang sampai orang boleh taw lemak berapa tan.not good

-pakaian tidak ketat sampai boleh nampak tayar seperr



tapi macam kadang-kadang kita pun was-was jugak sama ada pakaian yang kita pakai boleh ke masuk solat.yela orang tak biasa jumpa.macam si mirza tu pakai keluar pun tak sempurna lagi ada hati tak nak pakai telekung.wuhuu~.insyaAllah akan berubah sedikit demi sedikit.amin=')

entry ini bukanlah bermaksud saya dah sempurna dalam bab-bab aurat ni.sekadar perkongsian untuk kita sesama wanita.ecececeh!(aku still remaja lagi)<------take note

itula serba sedikit dari entry tidak seberapa ini dan kalau tak bawak telekung g jenjalan jangan tak solat pulak^^

the end

8 comments:

Norhaizan hakim said...

Thanks untuk sharing info ni mirza. Kat sini memang adatnya gitu..nak solat mesti pakai telekung..macam solat tu tak sah tanpa menyarung telekung..dan org yg solat hanya dgn pakaian yg di pakainya dipandang aneh!

Farah Waheda Wahid said...

rasanya... ni adat yang diamalkan typical malaysian...kalau kita ke luar negara, tanpa telekung pun solat masih boleh dilakukan... janji pakaian tu memenuhi syarat2 yang telah ditetapkan...

great piece of sharing dear...

MarnieyZ said...

hehehe, betul tu. Tp selalu guna telekung yg disediakan lah. Ala, bukan apa pun yg penting boleh solatkan. :D

Normi Nieza said...

kat masjid telekung bnyak yg bersih..xpe kongsi..:)

mirza syazwina said...

haah^^,tak kisah pun kongsi telekung.yang penting jangan tak solat langsung dah=)

Shakira Pathi said...

Setujuuu ^^

Alia Laila said...

Kannnn. Malam bila tah tak ingat, dengar ceramah ustaz dekat tv9 tu. Memang orang mesia ni, kalau nak solat mesti nak kena ada telekung u_u
Sebab tu sebaik-baik pakaian, adalah yang boleh dibawa solat kan ? :)

mirza syazwina said...

haah,sebab tu bila keluar rumah kena pakai pakaian yang sempurna,insyaallah^^