29 March 2013

nasihat CEO dorayakino,usha betul-betul baru beli.



ampa lalu makan macam ni?...wekk!!!

assalamualaikum!

hari ni profesor madya mirza jolie merangkap doktor falsafah dan PHD dalam bidang kari masak kicap akan berceramah pasal hak.

'bidin sila pandang depan,udah-udah la jeling milah tu'

profesor madya mirza jolie ingin bertanya kepada anda,pernah tak anda membeli apa-apa barang baru tapi dah tak elok,kulat ke rosak ke dan seangkatan dengannya.

sila jawab dalam hati,mihmihmih^__^

______________________________________________________________________________________________________

sesungguhnya aku pernah mengalaminya,rasa macam nak robek-robek bantal dan sumbatkan dalam jamban biar semua orang tak boleh berak.waduhh~

seluar aku baru beli yang dijahit tidak betul,bila betul-betul balik seluar tu tak mau pun.mana hati ini tak keruan

pecat sama itu tukang jahit!*mogok*

p/s:yang buat baju seluar kat kilang tu mesin ke manusia?


masih mampu senyum sambil pakai seluar herot benyot

kalau kat malaysia ni,memang hak pengguna tu masih lagi rendah.kalau kat luar negara macam dekat negara-negara barat tu.mereka menjaga kebajikan pengguna.kalau tak puas hati je,boleh terus tukar.why not malaysia be like that?

contoh...

nak tukar balik seluar yang dijahit tak betul

"cik,seluar ni tak betul la jahit.macam mana ni saya beli mahal nam pulo sembilan hinggit sembilan pulo sembilan sen.ni saya nak pakai esok nak dating ngan bopren saya mael esok ni!nak tukar!"

"sorila cik,dah beli tak boleh tukar balik,beli baru boleh la*angkat-angkat kening*"

beli cekak rambut,reben kat cekak tercabut dek kerana tidak dijahit atau gam yang diletak tidak kuat

"ni apa nie,baru beli dah tak boleh pakai.nak tukar!tak boleh saya tunjuk kecomelan rambut saya ni"

"cik,ada baca ka papan tanda kat atas tu?,dah siap tulis dah"

"ambil barang pergi bayar,
sudah beli tak boleh tukar."

T-T,mampuihh aku



sebelum beli barang apa-apa,moleklah kiranya kita cek dulu barang tu.bia muka kita betempek 48 jam lamanya kat kedai tu sampai casher dia pun naik meluat asalkan kita dapat barang yang terbaik.

lepas ni kalau ada barang yang tak elok masa beli hendaknya tukar terus la kan tapi ada kedai bagi tukar,ada kedai tak bagi.tak paham aku -__-(paksa je sambil hentak kaki dan buat muka comel sikit)wahahaa!




tu sahaja ceramah saya yang tak seberapa,boleh bersurai.sekian terima kasih

^___^


7 comments:

Lieya VoN JaY said...

wah sangat tidak adil. lgsung x consider perasaan pengguna kan... kena boikot mcm ni +_+

mirza syazwina said...
This comment has been removed by the author.
mirza syazwina said...

setuju dan sokong sekali!;D

MarnieyZ said...

bukan pengguna selalunya betul ke. haiyarrrkk.

DilaElla said...

Tak adil kan.saya pun pernah kena kes macam ni,sabar jelah.sekarang kalau nak beli barang kena periksa betul-betul dulu..^^

Shakira Pathi said...

ke fesyen seluar tu kot macam tuu :p

Harith Iskandar said...

report kat tribunal je...insyaallah dpt ganti balik